Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan memandangkan hanya mereka yang memiliki penerbangan secara terus ke destinasi tersebut.

Katanya, pihaknya juga akan mempertimbangkan beberapa peluang lain untuk melibatkan diri dalam acara sukan selain turut terlibat dengan penganjuran Kuala Lumpur 2017.

“Ini merupakan satu penghormatan buat kami untuk menerbangkan pasukan kebangsaan ke Gold Coast untuk menyertai Piala Sudriman dan kami berbangga kerana Air Asia X mampu menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia ke sana,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat AirAsia RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penglibatan Air Asia X dalam membantu skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Sudirman.

“Saya yakin dengan penajaan daripada Air Asia X ini mampu menaikkan lagi semangat skuad negara untuk menampilkan aksi cemerlang di kejohanan itu,” katanya.

Air Asia merupakan antara jenama yang banyak terlibat dengan sukan tanah air termasuk bola sepak, sukan permotoran, badminton, bola keranjang dan pelbagai lagi.