Aksi di Axiata Arena, hari ini mereka menang 26-24, 21-15 ke atas pilihan kelima itu untuk bertemu pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menundukkan pasangan bebas negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen 21-13, 21-14.

Pertemuan esok merupakan yang kedua buat gandingan muda negara itu selepas kali terakhir menundukkan juara Eropah itu di pusingan ketiga Kejohanan Dunia tahun lalu.
Wooi Yik yakin mereka memiliki peluang untuk menang sekali lagi ke atas gandingan Denmark itu bagi melangkah ke separuh akhir kejohanan kali ini.

“Sebelum ini kami pernah menang ke atas mereka, jadi esok peluang itu tetap ada untuk kami.

“Tambahan kami bermain di depan penyokong sendiri, jadi ada kelebihan buat kami,” katanya.-UTUSAN ONLINE