Naib juara Siri Jelajah Dunia Super 1,000 All England mengesahkan aksi lapan terbaik selepas lawan mereka di pusingan kedua yang juga bekas juara dunia dari Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan menarik diri selepas menewaskan pasangan Taiwan, Liao Min Chun-Su Ching Heng 21-15, 21-16.

Dalam aksi hari ini, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan lawan mereka dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 19-21, 21-17.

Melangkah ke pusingan kedua hari ini ialah pasangan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang menang 21-12, 21-12 ke atas pasangan Taiwan Lin Shang Kai-Tseng Min Hao dan akan berdepan pilihan kedua dari China, Li Junhui-Liu Yuchen yang menewaskan pasangan Hong Kong, Chan Tsz Kit-Yeung Shing Choi 21-16, 21-13.

Pasangan beregu lelaki bebas, Mohd. Arif Ab. Latif-Nur Mohd. Azriyn Ayub menewaskan pasangan Thailand, Inkarat Apisuk-Tanupat Viriyangkura 21-14, 21-10 untuk bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura yang menyingkirkan Chung Yonny-Tam Chun Hei 21-12, 21-17.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah Chong Wei Feng, Soniia Cheah (perseorangan wanita) dan Anna Cheong-Lim Chiew Sien (beregu wanita).

Gagal meneruskan kemaraan adalah pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan perseorangan wanita, Lee Ying Ying.-UTUSAN ONLINE