TIMEA BACSINSZKY
TIMEA BACSINSZKY

Walaupun beraksi di hadapan ribuan penyokong Mladenovic namun pemain pilihan ke-30 itu berjaya mengawal emosinya dengan baik dan Bacsinszky bakal bertemu pemain dari Latvia, Jelena Ostapenko di peringkat empat pemain terakhir.

Beraksi dalam cuaca hujan namun itu tidak mampu menyekat kehebatan Bacsinszky melakar kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Mladenovic.

“Saya sangat gementar. Semalam saya masuk tidur sekitar pukul 11 malam dan saya terjaga pada pukul 4 pagi.

“Selepas itu, saya tidak boleh tidur hampir setengah jam. Akhirnya saya berjaya tidur semula dan bangun sebelum jam loceng berbunyi. Pada waktu itu jantung saya berdegup dengan kencang. Seperti mengalami kemalangan,” kata Bacsinszky.

Pemain berusia 27 tahun itu menceritakan detik menakutkannya selepas Bacsinszky mengalami mimpi ngeri.

“Saya masih ingat, saya ada tiga tuala dan mahu memberikannya kepada adik-beradik saya tetapi saya terlupa ia telah ada dalam almari. Seperti drama, saya tidak boleh menaiki kapal terbang tanpa memberi tuala Terbuka Perancis dan apabila bangun saya berpeluh.

“Jadi berkemungkinan jika saya tidak bermain di peringkat suku akhir Grand Slam, mungkin saya tidak perlu mengalami mimpi buruk seperti ini,” katanya. – REUTERS