Muhammad Azmi menewaskan wakil Kelab Memanah Hulu Langat, Muhammad Syazwan Akif Saifol Bakhri dalam penentuan pingat emas lelaki bawah 15 tahun menerusi keputusan 6-2.

Pemanah dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Muhammad Afham Marzuki Amirdin pula menduduki tangga ketiga.

Sementara itu, Fya Arissa Baharom yang mewakili Kelab Memanah Seri Pagi turut cemerlang apabila dinobat selaku pemenang saingan perempuan selepas me­ngatasi Nurul Azeera Mohd. Faizal dari Kelab Memanah Sasar dengan kemenangan 6-2.

Kejayaan manis itu dibantu persembahan konsisten sepanjang dua hari kejohanan yang bermula pada Sabtu, 13 Mei 2017.

“Memang tak sangka boleh menang kerana pencabar lain turut memberi saingan sengit. Ini merupakan penyertaan sulung saya di kejohanan peringkat kebangsaan. Latihan keras selama ini berbaloi akhirnya. Saya mahu mewakili negara satu hari nanti,” kata Fya Arissa.

Kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun turut berlangsung sengit.

Pingat emas lelaki dimenangi pemanah Bj Wolfpack, Muhaimin Mohd Farid, menewaskan A’zat Faris Fathulla 7-3, manakala Nur Ieka Hariesya dari Hulu Langat menjuarai saingan perempuan.