Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, insentif itu diberikan sebagai penghargaan kepada atlet yang bertanding mewakili negara, sekali gus mengharumkan nama Johor.

Beliau berkata, kira-kira 80 peratus daripada atlet tersebut berjaya memenangi pingat, iaitu 18 emas, 19 perak dan lapan gangsa.

“Semua atlet yang mengambil bahagian diberikan insentif RM1,000. Atlet-atlet yang menangi pingat emas menerima RM4,000, manakala pemenang perak dan gangsa, masing-masing memperoleh RM2,000 dan RM1,500,” katanya pada Majlis Minum Petang Bersama Atlet Sukan SEA Anak Johor di Hotel Amari hari ini. - UTUSAN ONLINE