Di Putrajaya, acara berbasikal yang tamat hari ini dengan acara lebuh raya, berkesudahan dengan pasukan negara hampir melakukan sapuan bersih dengan memenangi enam daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan.

Pemenang pingat emas berbasikal:

  • Berbasikal H1-H5 basikal (roda tiga kayuh tangan) - Alvin Lim Tao Keong
  • Berbasikal C1,C2,C3 lelaki - Mohamad Syazwan Roshdi
  • Berbasikal C4 lelaki - Mohd. Najib Turano
  • Berbasikal C5 lelaki - Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Berbasikal tandem cacat penglihatan wanita - Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais & Nor Aidillina Adilla J. Sam
  • Berbasikal tandem cacat penglihatan lelaki - Aiman Asyraff Ahmad Bajuri & Mohd. Faizal Mohamed Noh

Atlet olahraga yang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil juga tidak kurang hebat, dengan menambah enam lagi pingat emas.

Pingat emas olahraga hadir daripada acara:

  • Melontar peluru F20 (masalah pembelajaran) - Muhammad Ziyad Zolkefli
  • Melontar peluru F32/33/34 (cerebral palsy) - Adderin Majurin
  • Merejam lembing F12/13 (masalah penglihatan) - Mohd. Hisham Kaironi
  • Merejam lembing F42/44 (masalah kaki) - Doriah Poulus
  • Lempar cakera F36/F37 (cerebral palsy) - Muhammad Hafiz Abu
  • Lompat jauh T11/T12 (masalah penglihatan) - Wong Kar Gee

Pemenang pingat emas lain:

  • Tenis kerusi roda perseorangan lelaki - Abu Samah Borhan
  • Tenis Quad perseorangan lelaki - Azman Hassan
  • Boling trio campuran TPB8+TPB9+TPB10 (Berkerusi roda, kecacatan anggota kaki dan tangan) - Mohd. Azrin Rahim, Muhamad Amin Abd. Rashid, Zahidi Lamsah
  • Boling trio TPB1+TPB2+TPB3 (Cacat penglihatan sepenuhnya dan sebahagian) - Rizal Hassan , Muhammad Hairul Miran, Muhamad Suhaili Hamid
  • Angkat berat 97 kilogram - Jong Yee Khie
  • Renang 50 meter gaya bebas wanita S8 (kekurangan anggota) - Carmen Lim

Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017 setakat pukul 10 malam ini:

  EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
INDONESIA 91 53 38 182
MALAYSIA 71 65 55 192
THAILAND 44 49 57 150
VIETNAM 33 49 47 129
FILIPINA 16 17 19 52
MYANMAR 9 12 10 31
SINGAPURA 8 16 19 43
BRUNEI 2 5 6 13
TIMOR LESTE 2 0 1 3
KEMBOJA 0 3 4 7
LAOS 0 2 3 5
                                                                                              
         sumber: KL2017