Hari ini, sebanyak 18 pingat emas berjaya diraih dari acara masing-masing, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga kedua keseluruhan pungutan pingat.

Tangga pertama masih dihuni oleh Indonesia yang mengutip 115 pingat emas, manakala tangga ketiga dihuni oleh Thailand dengan 61 emas.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini, perjuangan atlet olahraga berjaya membuahkan tujuh pingat emas, dan kemunculan pelari sensasi, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 200 meter T36 (cerebral palsy) agak mengujakan kerana terdahulu beliau dilaporkan tidak akan bertanding dalam temasya kali ini kerana dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, Sabtu lalu.

Namun, beliau berjaya membuktikan bahawa kemunculannya bukanlah sia-sia kerana terbukti beliau masih mempunyai tenaga tambahan untuk berlari, dan meraih emas acara itu dengan catatan masa 26.03 saat.

Pingat emas olahraga lain: 

  • 200 meter T42/43/44 (masalah kaki) - S. Thavanesvaran
  • 200 meter T12 (masalah penglihatan) - Afiq Mohamad Ali Hanafiah
  • Lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) - Abdul Latif Romly
  • Merejam lembing F35 (cerebral palsy) - Mohd. Rozi Mat Hasin
  • Melontar peluru F56 (kecacatan anggota kaki) - Faridul Masri
  • Melontar peluru F42/44 (masalah kaki) - Doriah Poulus

Pingat emas lain negara turut diraih menerusi:

  • Renang 150 meter rampaian lelaki SM4 (kekurangan anggota kaki) - Anderson anak Jamba
  • Renang 50 meter kuak lentang S4 (kekurangan anggota kaki) - Anderson anak Jamba
  • Renang 200 meter rampaian lelaki SM10 (kekurangan anggota badan) - Fraidden Dawan
  • Memanah beregu campuran kompound terbuka (kecacatan bawah badan) - K. Morogen & Nor Sa'adah Abdul Wahab
  • Boling campuran berpasukan TPB1+TPB2+TPB2+TPB3 (Buta sepenuhnya dan sebahagian) - Choo Kam Chan, Mohd. Rizal Hassan, Muhammad Hairul Miran, Muhamad Suhaili Ab. Hamid
  • Boling campuran berpasukan TPB8+TPB9+TPB9+TPB10 (Berkerusi roda, kecacatan anggota kaki dan tangan) - Abu Bakar Nyat, Muhamad Amin Abd. Rashid, Wong Kee Soon, Zahidi Lamsah
  • Badminton perseorangan lelaki WH2 (berkerusi roda) - Madzlan Saibon
  • Badminton perseorangan lelaki SS6 (orang kerdil) - Didin Taresoh
  • Badminton beregu lelaki WH1-2 (berkerusi roda) - Muhammad Ikhwan Ramli & Madzlan Saibon
  • Badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan tangan) - Cheah Liek Hou
  • Catur individu wanita rapid B2&B3 (rabun teruk) - Nur Feiqha Maulad Mohamed Halil

Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017 setakat pukul 10 malam ini.

  EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
INDONESIA 115 70 46 231
MALAYSIA 89 82 75 246
THAILAND 61 61 82 204
VIETNAM 40 61 56 157
FILIPINA 19 20 26 65
MYANMAR 11 15 16 42
SINGAPURA 8 17 22 47
BRUNEI 2 6 6 14
TIMOR LESTE 2 0 1 3
KEMBOJA 0 5 5 10
LAOS 0 3 4 7
 
       

sumber: KL2017