Di Stadium Akuatik Nasional Bukit Jalil, sebanyak tiga pingat emas dijelmakan oleh Yoong Chung Wei (50 meter kuak kupu-kupu S14 (masalah pembelajaran)), Jamery Siga 50m kuak kupu-kupu S5 (kecacatan anggota)), dan Anas Zul Amirul Sidi (100 meter gaya bebas S14 (masalah pembelajaran) ).

Lebih manis, Anas turut memecahkan rekod temasya dengan catatan 59.79 saat, memadam rekod lama 1:02.88s yang dicatat oleh perenang Singapura, Benson Tan di Myanmar pada 2014 .

Pemenang pingat emas lain:

  • 400 meter T13 (masalah penglihatan) - Muhammad Zulhaizat Zainal Abidin
  • 400 meter T20 (masalah pembelajaran) - Mohd. Nasharuddin Mohamad
  • 400 meter T44 (masalah anggota badan) - S. Thavanesvaran
  • 800 meter T46 (kekurangan anggota badan) - Muhamad Ashraf Muhammad
  • Lompat jauh T37 (cerebral palsy) - Eddy Bernard
  • Lompat jauh T38 (cerebral palsy) - Mohamed Erwan Mohd. Hasnoor
  • Lontar peluru F11/12 (masalah penglihatan) - K. Hemala Devi Eni
  • Lontar peluru T37 (cerebral palsy) - Umi Syuhadah Idris
  • Boling perseorangan campuran TPB1 (cacat penglihatan) - Muhamad Hairul Miran
  • Boling perseorangan campuran TPB2 (cacat penglihatan) - Muhamad Suhaili Ab. Hamid
  • Boling perseorangan wanita TPB8 (berkerusi roda) - Noor Lizah Salman
  • Ping pong berpasukan TM9 (masalah anggota badan) - Chee Chaoming & Ting Ing Hock

Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017 setakat pukul 10 malam ini:

  EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
INDONESIA 37 19 19 75
MALAYSIA 33 23 22 78
VIETNAM 18 24 17 59
THAILAND 15 22 23 60
MYANMAR 6 7 6 19
SINGAPURA 3 7 8 18
FILIPINA 3 6 6 15
TIMOR LESTE 1 0 1 2
BRUNEI 0 3 2 5
LAOS 0 2 2 4
KEMBOJA 0 2 2 4
 
       

sumber: KL2017