Pada aksi final acara Street lelaki di Stadium Skateboard, Bandar Sukan Jakabaring di sini, Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24, sekadar menamatkan kempen pada kedudukan ketujuh dengan keseluruhan 17.3 mata.

Pingat emas acara itu menjadi milik atlet dari Jepun, Kayaki Ike yang meraih 31.1 mata, manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Sanggoe Dharma Tanjung (30.5) mewakili pasukan tuan rumah dan Juwon Eun (25.4) dari Korea Selatan.

Bagi acara Street wanita pula, Fatin Syahirah Roszizi sekadar menamatkan saingan pada tempat terakhir dalam kalangan lapan peserta dengan 5.4 mata secara keseluruhan.

Pingat emas menjadi milik peserta Filipina, Margielyn Didal dengan 30.4 mata, manakala perak dan gangsa masing-masing dimiliki Kaya Isa (25.0) dari Jepun dan Bunga Nyimas (19.8) dari Indonesia. - BERNAMA