Itu perkembangan terkini dimaklumkan ketua kontinjen Malaysia bagi temasya itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi ketika ditemui pemberita selepas majlis menaikkan bendera Jalur Gemilang di Perkampungan Atlet, Kemayoran, hari ini.

Ketika ini sebahagian besar daripada keseluruhan 426 atlet Malaysia sudah tiba di Jakarta dan Palembang menjelang dua hari sebelum pembukaan rasmi Sukan Asia 2018.

“Setakat ini belum ada apa-apa masalah dimaklumkan kepada saya melibatkan atlet negara.

“Ada antara mereka sudah mula menjalani latihan di venue masing-masing dan telah bersedia untuk beraksi.

“Malam ini kita akan adakan mesyuarat pengurus pasukan dan jika ada apa-apa masalah mereka akan maklumkan kepada saya,” kata Abdul Azim.

Malaysia meletakkan sasaran tujuh pingat emas dalam kempen Sukan Asia 2018, sekali gus mahu mengatasi pencapaian lima pingat emas di Incheon pada 2014.

Pingat pertama Malaysia dalam temasya di Jakarta-Palembang dijangka hadir menerusi sukan wusyu yang bakal berlangsung awal pagi Ahad ini berbanding acara lain.