Kejayaan ini bermaksud, sasaran 111 yang telah ditetapkan ke atas mereka telah jauh ditinggalkan, dengan jumlah keseluruhan emas dipungut kini mencecah 140.

Di Velodrom Nasional, Nilai, atlet berbasikal membuktikan kejaguhan mereka dengan menepati sasaran 11 pingat emas yang ditetapkan. Pingat emas berbasikal hari ini:

  • Basikal 4km kejar-mengejar berpasukan lelaki - Mohd. Eiman Firdaus Mohd. Zamri, Irwandie Lakasek, Mohd. Nur Aiman Mohd. Zariff, Mohd. Afiq Huznie Othman
  • Berbasikal keirin wanita - Fatehah Mustapa
  • Berbasikal keirin lelaki - Azizulhasni Awang 
  • 500m ujian masa wanita berbasikal - Fatehah Mustapa
  • 1km ujian masa lelaki berbasikal - Mohd. Fadhil Mohd. Zonis

Penerjun negara sekali lagi membuktikan kejaguhan mereka di rantau ini, dengan menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan. Emas dari Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil:

  • 3m papan anjal seirama wanita - Wendy Ng Yan Yee & Nur Dhabitah Sabri
  • 3m papan anjal seirama lelaki - Ahmad Amsyar & Chew Yi Wei
  • Terjun 10m platform seirama campuran - Leong Mun Yee, Jellson Jabilin

Stadium Juara juga terbukti laman bertuah buat pesilat negara, dengan kejayaan mereka memungut tujuh emas yang dipertandingkan. Emas silat hadir melalui:

  • Pencak silat tanding kelas B Putra - Faizul Nasir
  • Pencak silat tanding kelas D Putra - Razak Ghazali
  • Pencak silat tanding kelas E Putra - Al Jufferi Jamari
  • Pencak silat tanding kelas F Putra - Fauzi Khalid
  • Pencak silat tanding kelas H Putra - Robial Sobri
  • Pencak silat tanding kelas D Putri - Siti Shazwana Ajak
  • Pencak silat tanding kelas E Putri - Siti Rahmah Nasir

Pingat emas lain:

  • Muay - Ain Kamaruddin
  • Muay - Mohd. Ali Yaakub
  • Luncur air wanita disiplin lompatan - Aaliyah Yong Hanifah
  • Luncur air wanita disiplin trick - Aaliyah Yong Hanifah
  • Luncur air lelaki disiplin trick - Adam Yoong Hanifah
  • Pelayaran optimist bawah 16 individu lelaki - Muhammad Fauzi Kaman Shah
  • Pelayaran optimist bawah 16 individu wanita - Nurul Shazwanie Mohd. Saad
  • Laser Radial lelaki - Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan
  • Badminton perseorangan wanita - Goh Jin Wei
  • 500m Speed Skating - Anja Chong
  • Polo Ekuestrian
  • Skuasy Wanita
  • Hoki Lelaki
  • Sepak Takraw
              

EMAS

            
            

PERAK

            
            

GANGSA

            
            

JUMLAH

            
MALAYSIA 140 91 83 314
THAILAND 71 86 85 242
VIETNAM 56 50 59 165
SINGAPURA 55 53 72 180
INDONESIA 38 61 87 186
FILIPINA 24 32 63 119
MYANMAR 7 10 20 37
LAOS 2 3 20 25
KEMBOJA 2 2 12 16
BRUNEI 0 5 9 14
TIMOR LESTE 0 0 3 3
 
              

 

            
            

 

            
            

 

            
           sumber: BERNAMA