Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Atlet lari doping makin jadi trend – Adamas

Nur Suhaila Ithnin memberi penerangan mengenai maklumat yang terdapat
Nur Suhaila Ithnin memberi penerangan mengenai maklumat yang terdapat dalam buku antidoping yang diedarkan kepada pemain badminton selepas taklimat Program Antidoping Real Champion di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. utusan/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 14 April – Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) bimbang terhadap trend kalangan atlet negara lari daripada menjalani ujian doping yang semakin meningkat sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenainya menjelang Sukan SEA 2017.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pendidikan Adamas, Nur Suhaila Ithnin berkata, walaupun kes positif doping semakin kerap berlaku tetapi apa yang lebih membimbangkan pihaknya kebelakangan ini ialah sikap atlet yang sengaja mengelak daripada menjalani ujian doping.

“Itu sebabnya Adamas begitu proaktif memberi penerangan kepada semua atlet Sukan SEA 2017 agar tidak berbuat demikian selain tidak mengambil bahan terlarang dalam minuman, makanan, ubatan dan suplemen tambahan.

“Setakat ini semua sukan yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2017 telah diberi penera­ngan dan penekanan mengenainya dan tinggal satu sukan sahaja lagi iaitu pelayaran,” katanya selepas bertemu skuad badminton negara di Bukit Kiara dekat sini hari ini.

Badminton menjadi pasukan kedua terakhir yang dikunjungi Adamas dalam program penera­ngan yang dijalankan agensi itu sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas lanjut, Nur Suhaila berkata, hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka yang lari daripada ujian doping adalah sama dengan yang diterima jika didapati positif iaitu digantung selama empat tahun daripada menyertai sebarang pertandingan dan kemungkinan pingat kemenangan akan ditarik balik.

Sehubungan itu beliau menasihatkan atlet negara supaya tidak suka-suka atau memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada menjalani ujian doping walaupun ada mengambil bahan terlarang secara sedar atau pun tidak sedar.

“Saya ingin ingatkan atlet, positif doping atau lari daripada menjalaninya tetap akan digantung empat tahun. Tetapi jika lari dan kemudiannya didapati negatif doping sekali pun tetap akan digantung juga cuma mungkin hukumannya boleh sedikit diringankan,” tegasnya.

Sementara itu beliau turut memberi amaran bahawa Ada­mas akan menempatkan pegawainya di semua lokasi pertan­dingan sepanjang temasya Sukan SEA 2017 untuk mengarahkan atlet menjalani ujian doping pada bila-bila masa yang dirasakan perlu.

“Saya ingin tegaskan di sini, jika sebelum ini kami memilih atlet secara rawak tetapi untuk Sukan SEA 2017 nanti, kami akan mensasarkan atlet tertentu yang dirasakan perlu menjalani ujian doping tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain