Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Atlet, jaga pemakanan 
anda di hari lebaran

AHAD ini umat Islam di seluruh Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kemeriahannya bukan sahaja dirasai apabila dapat berkumpul bersama sanak saudara dan rakan taulan, malah aneka juadah tradisi mahu pun moden disajikan bagi menjamu selera.

Mat Sport
Mat Sport

Kalau dilihat juadah seperti lemang, rendang, sate, ketupat, kuah kacang, dodol, lontong, kuih raya dan macam-macam lagi hidangan lain boleh didapati pada hari-hari biasa, namun menikmatinya pada suasana hari lebaran memberikan kepuasan yang cukup luar biasa.

Di sebalik kenikmatan itu, Mat nak nasihatkan kepada atlet agar sentiasa profesional dengan menjaga pemakanan. Bukan langsung tak boleh sentuh juadah itu, cuma Mat sarankan agar anda semua merancang kalori di musim raya.

Senang sahaja, pertama sekali, kita perlu mengenal pasti juadah-juadah yang dikelaskan sebagai berkalori tinggi atau rendah. Bagi memudahkan membuat pengelasan, kita perlu tahu serba sedikit resepi asas juadah tersebut.

Juadah yang disediakan menggunakan bahan asas utama daripada santan, minyak, mentega, krim, susu pekat manis dan gula kebiasaannya dikelaskan sebagai juadah berkalori tinggi.

Sebagai contoh, sebatang lemang mencecah sehingga 4,000 kalori. Jika tengok resepinya, 500 gram beras pulut dan 175 mililiter (ml) santan pekat diperlukan bagi menghasilkan sebatang lemang bersaiz sederhana.

Anggaran jumlah tenaga untuk sebatang lemang ialah 3,778 kalori, yang mana 52 peratus daripadanya disumbangkan oleh santan.

Berdasarkan panduan dietari Malaysia 2010, saranan jumlah tenaga yang perlu diambil untuk golongan remaja lelaki, lelaki yang aktif, wanita yang sangat aktif, lelaki serta wanita yang kurang berat badan adalah 2,500 kalori sehari. Jadi? Rancanglah kuantiti hidangan anda dengan baik.

Bagi atlet yang melibatkan berat badan terutamanya, mereka paling perlu peka dengan penjagaan pemakanan pada musim perayaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan berat badan apabila pulang untuk menjalani latihan. Takut-takutlah atlet itu terpaksa beralih kategori pula gara-gara kenaikan berat badan.

Aspek kesihatan juga perlu diambil kira kerana kegembiraan pada musim perayaan mampu membuatkan atlet mudah lupa terhadap perkara asas tersebut. Dalam bergembira kita perlu sentiasa profesional dengan tidak mengambil makanan secara berlebih-lebihan selain menitikberatkan soal pemakanan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain