Loh Zhiayi

Pengurus pasukan terjun negara Siow Kian Wah berkata kejohanan itu membolehkan mereka yang benar-benar ber­ada dalam prestasi terbaik dipilih untuk menjalani latihan intensif di China sebagai sebahagian daripada persiapan untuk ke acara sukan dwitahunan itu.

“Selepas fasa ketiga pemilihan, hanya mereka yang cemerlang akan dibawa ke China sebelum menyambung latihan terakhir di Kompleks Renang Kuala Lumpur di Cheras.

“Atlet ini akan menyertai pelbagai kejohanan termasuk Grand Prix selain beberapa kejohanan lain untuk membolehkan penilaian prestasi dibuat,” katanya ketika ditemui semasa Perhimpunan Atlet Kita Juara, di sini hari ini.

Kian Wah menyasarkan untuk menyapu bersih pingat emas dalam kesemua 13 acara yang bakal dipertandingkan dalam temasya dwitahunan itu.

“Sukan SEA akan ada 13 acara, kami berharap boleh sapu bersih semua pingat emas yang dipertandingkan kerana ini merupakan peluang terbaik untuk kami mencapai sasaran ini,” katanya.

Sementara itu, atlet terjun negara, Loh Zhiayi mengakui kejayaan meraih pingat emas dan perak semasa Kejohanan Terjun Terbuka Hong Kong serta gangsa dalam Kejohanan Akuatik Asia di Tokyo baru-baru ini memberikannya sema­ngat untuk terus memburu lebih banyak kejayaan.

Dia juga berharap dapat menyumbang satu pingat emas kepada kontinjen negara dalam penampilan ketiganya dalam Sukan SEA.