Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ATF: KOM tidak bimbang

muhammad IRFAN SHAMSUDDIN menjadi satu-satunya atlet negara yang memenangi pingat dalam ATF di India
MUHAMMAD IRFAN SHAMSUDDIN menjadi satu-satunya atlet negara yang memenangi pingat dalam ATF di India apabila menduduki tempat kedua dalam acara lempar cakera.

KUALA LUMPUR 10 Julai – Ketua jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Zainal Abas tetap memandang positif terhadap pencapaian skuad negara dalam Kejohanan Olahraga Asia (ATF) minggu lalu walaupun sekadar sebutir pingat perak dibawa pulang dari India.

Pencapaian itu jelas tidak membimbangkan Zainal walaupun pencapaian itu dilakukan tidak sampai dua bulan lagi Sukan SEA 2017 akan berlangsung.

Malaysia memperoleh satu pingat perak dalam ATF menerusi jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang mencatat 60.96 meter manakala harapan untuk menyaksikan jaguh pecut Khairul Hafiz Jantan berada dalam kelompok tiga terbaik terkubur kerana kesilapannya apabila permulaannya dalam persa­ingan akhir dibatalkan.

Menurut Zainal, acara seperti lari berganti-ganti telah menunjukkan peningkatan positif ter­utama kuartet 4x100m wanita yang berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 45.18 saat manakala Khairul Hafiz masih menjadi prospek untuk memenangi pingat emas 100m lelaki dalam Sukan SEA selepas mencatat 10.24s dalam saingan separuh akhir di India.

“Mereka sudah mempamerkan prestasi yang memuaskan dalam Kejohanan Olahraga Asia di India dan saya berpendapat tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana yakin prestasi mereka mampu meningkat dalam Sukan SEA 2017 nanti.

“Dalam masa sama kalau kita lihat pencapaian kuartet 4x100m wanita dan lelaki mungkin mempunyai peluang mengatasi Thailand pada Ogos ini di Kuala Lumpur.

“Selepas ini jurulatih akan memberikan laporan di India berhubung prestasi atlet kita bagi membuat perancangan menghadapi Sukan SEA 2017,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam ATF di Stadium Kalinga di wilayah Bhubaneswar me­nyaksikan atlet olahraga negara berjaya melangkah ke pertandi­ngan akhir dalam 12 acara.

Pencapaian terbaik olahraga Malaysia dalam kempen ATF adalah meraih dua pingat emas pada 2007.

Dua pingat emas itu diraih menerusi bekas ratu lompat bergalah negara Roslinda Samsu manakala satu lagi dihadiahkan oleh Lee Hup Wei dalam saingan lompat tinggi.

Malaysia juga pernah me­nguasai acara 800m lelaki dalam ATF menerusi Batumalai Rajkumar pada 1985 dengan catatan satu minit, 47.37 saat yang masih kekal sebagai rekod kebangsaan acara jarak sederhana itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain