Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pusat penginapan yang dilengkapi pelbagai kemudahan itu akan mula dibina tahun depan di kawasan bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres Tahunan PBSNT 2017 di Hotel Primula hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail serta Naib Presiden PBSNT, Marzuki Sulong turut hadir.- UTUSAN ONLINE