Annuar yang merupakan penaja utama The Red Warriors pada musim ini mengumumkan keputusannya menolak pencalonan tersebut melalui satu status yang dimuat naik dalam laman sosial facebooknya.

Annuar berkata, keputusan itu diambil kerana percaya calon-calon yang tampil menawarkan diri kali ini mampu memikul tugas itu lebih baik daripadanya.

 "Tahun ini saya tidak pegang apa-apa jawatan (dalam Kafa). Namun RM8 juta telah disumbangkan kepada Kafa melalui syarikat di bawah rangkaian saya.

 "Sepanjang sedekat bersama Kafa, saya telah berdepan pelbagai cabaran termasuklah digantung dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana bola sepak Kelantan," katanya.

 Sebelum itu,  Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md. Noor mengesahkan Annuar kembali dicalonkan untuk jawatan Presiden Kafa bagi penggal 2017-2021 pada kongres tahunan badan induk itu ke-63 17 September ini.

 Selain Annuar, dua Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail; Pengerusi Chengal Jati Sdn. Bhd. Datuk Ir. Shaari Hassan dan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan turut dicalonkan.-UTUSAN ONLINE