Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anjur Sukan Komanwel: MOM akan kaji

KUALA LUMPUR 17 Mac – Walaupun Majlis O­limpik Malaysia (MOM) menganggap penganjuran Sukan Komanwel 2022 tidak mustahak untuk di­bin­­cangkan ketika ini, namun mereka masih mempunyai masa untuk mempertimbangkan sama ada berba­loi atau pun tidak bagi Malay­sia membida men­jadi pengganti kepada Durban yang dilucutkan hak sebagai tuan rumah temasya itu.

LOW BENG CHOO
LOW BENG CHOO

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata, tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut masih lagi di peringkat cadangan ketika ini dan memerlukan kajian lebih terperinci.

Jelasnya, adalah lebih baik perkara tersebut dibincangkan selepas penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 yang akan berlangsung kira-kira lima bulan lagi di Kuala Lumpur.

“Kita tak kata bersetuju (untuk menganjurkannya), perkara ini masih di peringkat cadangan. Kita kena bermesyuarat terlebih dahulu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum menyerahkan kertas cadangan itu kepada kerajaan.

“Memang kita ada kemam­puan dari segi infrastruktur untuk menggantikan Durban sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2022, tetapi kita kena buat kajian. Mungkin ada implikasi kos selepas menganjurkannya, atau apakah peluang kita untuk me­raih pingat?

“Apa yang boleh saya katakan perkara ini bukan mustahak. Kita selesaikan dahulu KL 2017 (Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017), selepas itu baru bincangkannya. Kalau CGF (Persekutuan Sukan Komanwel) menawarkan kepada kita sekali pun, kita tidak boleh terima bulat-bulat. Mesti buat kajian dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempersoalkan cadangan agar Malaysia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 sambil bertanya adakah berbaloi menganjurkannya.

Khairy bagaimanapun mencadangkan, adalah lebih baik kos penganjuran temasya itu digunakan untuk pembangunan sukan negara.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pre­siden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata Kuala Lumpur mempunyai kemampuan dari segi infrastruktur untuk menggantikan Durban sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2022.

Bagaimanapun, kata Tunku Imran, keputusan untuk membida menjadi pengganti Durban terletak dalam tangan Kerajaan.

Perlucutan hak Durban itu di­umumkan CGF pada Selasa lalu selepas bandar itu gagal mengesahkan status mereka pada tarikh akhir, selain mengakui menghadapi masalah kewangan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain