Anja Chong berjaya memperoleh catatan 48.448 saat, mengatasi peluncur dari Thailand, Vorravalan Leechinnaphat yang merangkul perak dengan catatan 53.293 saat.

Seorang lagi peluncur Malaysia yang beraksi pada pusingan akhir itu ialah Ashley Chin.

Ashley mencatat 49.647 saat, namun dikenakan penalti apabila mengasari peluncur Singapura, Cheyenne Goh. - UTUSAN ONLINE