Sokongan tersebut membuatkan Nadal terharu biarpun dia dan Federer dianggap seteru ketika berada di atas gelanggang.

Federer mempunyai anak kembar iaitu Leo dan Lennart.

“Roger Federer memberitahu saya dia akan membawa anaknya ke Akademi Tenis Rafael Nadal.

“Saya mahu katakan bahawa akademi itu adalah sesuatu yang amat istimewa buat saya.

“Akademi itu adalah pusat latihan buat atlet yang akan diberikan peluang untuk menyerlahkan potensi mereka ke tahap maksimum dalam masa sama menggunapakai segala teknologi terbaharu dalam sukan,” kata Nadal.

Ketika ini Jelajah Remaja III Ten Pro Global akan bermula hari ini di Akademi Tenis Rafa Nadal di Majorca. – AGENSI