Penerjun dari Perlis itu memanfaatkan kesilapan yang dilakukan rakan senegaranya, Tze Liang pada terjunan ketiga untuk merangkul emas dengan memperolehi markah tertinggi 384 mata selepas melakukan enam terjunan keseluruhan.

Tze Liang yang telah meraih dua emas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas merekodkan 368.60 mata manakala gangsa milik Mark Lee Han dari Singapura (350.55).

Kali terakhir acara itu dipertandingkan adalah 10 tahun lalu ketika Thailand menjadi tuan rumah temasya dwi-tahunan itu. -UTUSAN ONLINE