Juara dunia 2016 itu mendakwa menjadi mangsa keputusan berat sebelah juri ketika tewas 1-4 kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra dalam perebutan pingat emas.

Timbalan Pengarah Kanan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Harry Warganegara berkata, pihaknya masih menunggu laporan insiden itu tetapi mengakui, mungkin tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap pesilat negara.

“Kami fikir ia sesuatu yang sangat malang, walaupun kami masih cuba memahami (apa yang dilalui atlet).

“Bagaimanapun saya fikir, tidak ada sebarang sekatan (hukuman) akan dikenakan,” kata Harry kepada agensi berita antarabangsa, AFP.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib berkata, beliau masih menunggu laporan INASGOC tetapi senada dengan Harry bahawa Al Jufferi mungkin terlepas hukuman.

“Kami fikir ia hanyalah tindak balas atlet. Dia dalam keadaan yang sangat beremosi, jadi tiada sebarang hukuman,” ujarnya kepada AFP. - UTUSAN ONLINE