Minggu lalu, Bou­chard menggelar bintang Rusia itu sebagai ‘penipu’, malah mencadang­kan agar dia dikenakan penggantungan seumur hidup selepas diuji positif dadah ­me­ldonium sewaktu menyertai Terbuka Australia 2016.

Pemain Kanada tersebut juga berkata, dia kini lebih bermotivasi untuk menentang bekas idolanya itu selepas melakar kemenangan pertama dalam Jelajah WTA sejak Januari lalu ketika me­nyingkirkan pemain Perancis, ­Alize Cornet, Sabtu lalu.

“Permainan saya sudah cukup untuk bercakap tentang diri saya dan di mana fokus saya sekarang.

“Saya lebih senang berdiam diri dan biarkan orang di sekeliling bercakap atau membuat bising,” kata Sharapova, 30, yang me­nimbulkan rasa kurang senang banyak pihak sejak kembali daripada penggantungan 15 bulan gara-gara diberikan tiket wildcard (jemputan) pada Terbuka Stuttgart, bulan lalu.

Walaupun dilanda kontroversi wildcard, Sharapova tetap diberi sambutan hangat oleh penonton di gelanggang utama Manolo Santana semalam, situasi yang menceriakan bekas pemain No. 1 dunia itu.

Selepas melangkah ke separuh akhir di Stuttgart, dia mempamer tahap kecergasan yang me­ngagumkan dan berjaya memberikan tentangan sengit kepada pemain No. 20 dunia, Lucic-­Ba­roni di set pembukaan.

Turut mengiringi kemaraan Sharapova adalah pemain No. 2 dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Angelique Kerber dari Jerman.

Kerber mara selepas mencatat kemenangan me­yakinkan 6-4, 6-2 ke atas pemain Hungary, Timea Babos.

Juara bertahan, Simona Halep dari Romania juga meneruskan cabaran selepas mudah menewaskan Karolina Pliskova dari Republik Czech 6-1, 6-2.

Bintang Denmark, Caroline Wozniacki, Kristina Mladenovic (Perancis) dan Svetlana Kuznetsova dari Rusia antara pemain pilihan yang turut meneruskan kemaraan ke pusi­ngan kedua. – AFP