Majlis Bandar Malmoe kelmarin memutuskan bahawa perlawanan yang bakal berlangsung pada 6-8 Mac itu akan dimainkan di dalam stadium tertutup setelah pihak berkuasa gagal memberi jaminan ke atas keselamatan awam.

Perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang Malmoe Baltiska Hallen yang mampu menampung 4,000 pengunjung.

Kempen 'Hentikan Perlawanan' mula digerakkan di Sweden sejak kekejaman Israel ke atas Gaza bermula akhir Disember lalu.

Penganjur kempen dan pihak polis menjangkakan ribuan penunjuk perasaan dijangka akan berkumpul di luar Baltiska Hallen semasa perlawanan berlangsung. - AFP