Djokovic telah merosot ke kedudukan keempat dalam ranking dunia kerana tidak konsisten musim ini dan kejayaan pemain berusia 30 tahun itu dalam kejohanan Antarabangsa Aegon Sabtu lalu sekadar kemenangan keduanya tahun ini.

“Jangan terkejut.

“Apakah pemain seperti dia mampu mendapatkan semula cara untuk memenangi trofi? Ya, dia mampu. Itulah sasaran kami.

“Saya fikir dia ada cukup momentum untuk mencapai sasaran itu,” kata pemenang grand slam lapan kali Agassi, yang melatih Djokovic sebelum Terbuka Perancis Mei lalu kepada akhbar Guardian.

Bekas jaguh Amerika Syarikat itu berkata kefahamannya terhadap permainan Djokovic telah membolehkan mereka merancang strategi, yang mampu mengembalikan juara grand slam 12 kali itu kepada prestasi terbaiknya.

“Saya mengenali dia de­ngan lebih baik sekarang dan itu adalah penting. Saya boleh tegaskan bahawa kami yakin dengan perancangan kami dan bagaimana kami akan menjayakannya,” kata Agassi.

Djokovic juga telah mengambil Mario Ancic, yang mara ke separuh akhir Wimbledon pada 2004, sebagai salah seorang jurulatihnya untuk kejohanan kali ini, yang akan bermula dengan perlawanan menentang Martin Klizan dari Slovakia dalam pusi­ngan pertama esok. – REUTERS