Dalam buku bertajuk: Unstoppable: My life so far yang dilancarkan di New York, pemain jelita berusia 30 tahun itu berkata, dia dan Serena sepatutnya berkawan kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu tenis, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Serena dan saya sepatutnya berkawan: kami menyukai perkara yang sama, kami mempunyai minat yang sama. Hanya segelintir orang di dunia tahu apa yang kami rasai - apa rasanya berada di pusat ‘kematian’ di tengah ribut. Iaitu ketakutan dan kemarahan yang menyelubungi anda, bagaimana rasanya menang dan apa rasanya kalah.

“Tetapi kami bukan kawan - langsung tidak pernah berkawan. Saya fikir, pada satu peringkat ia (permusuhan) telah mendorong satu sama lain (untuk menang). Mungkin itu lebih baik daripada menjadi kawan, mungkin itu itulah yang diperlukan untuk memadam kemarahan dengan cara yang betul.

“Tetapi siapa tahu? Suatu hari nanti, apabila semua ini menjadi kisah silam, mungkin kami boleh menjadi kawan...Atau tidak. Tiada siapa yang dapat memberitahu,” tulis Sharapova.

Sharapova memiliki lima gelaran Grand Slam dalam kariernya, termasuk menjulang trofi Wimbledon dalam usia 17 tahun ketika menewaskan Serena, pemilik 23 kejuaraan Grand Slam pada 2004. – AGENSI