“Saya sedia bertanggungjawab sekiranya sasaran itu (Sukan Asia) tidak dicapai, you can put the blame on me,” katanya selepas majlis serah tugas kepada menteri baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Sasaran pingat emas di Sukan Asia antara objektif utama yang ditetapkan kepada atlet Program Podium semasa diper­kenalkan Khairy sewaktu bergelar menteri.

Selain itu, Program Podium juga bermatlamat untuk meraih pingat emas di Sukan Komanwel dan juga pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Pada masa sama, Khairy meminta supaya Syed Saddiq diberikan masa untuk meniliti laporan berhubung setiap program yang sudah dilakasanakan kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ini merupakan hari pertama­nya selaku menteri dan baru sahaja diberikan taklimat pertama, jadi beri dia ruang sebelum membuat sebarang keputusan mengenai dasar-dasar sedia ada,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq membe­ritahu, pihaknya akan mengumumkan sasaran pingat Sukan Asia pada waktu yang sesuai selepas dia mengadakan pertemuan bersama persatuan-persatuan sukan di negara ini.

Turut hadir dalam majlis serah tugas adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Steven Sim Chee Keong dan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.