Perkara itu disahkan oleh ketua kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Kata Abdul Azim, masalah tersebut bukan sahaja dialami kontinjen negara tetapi beberapa atlet negara lain juga turut didapati cirit-birit.

"Semua ini dimaklumkan dalam mesyuarat semua ketua kontinjen Sukan Asia 2018 pada malam tadi (semalam)," kata Abdul Azim kepada Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE