Dalam aksi hari ini Malaysia sekadar meraih satu pingat emas menerusi Mohd. Fauzi Kaman Shah dalam sukan pelayaran manakala sandaran emas negara, Azizulhasni Awang sekadar meraih gangsa dalam acara kegemarannya, keirin.

Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang untuk meraih dua lagi pingat emas menerusi hoki dan skuasy berpasukan lelaki yang akan turun beraksi esok.

"Prospek emas ketujuh masih ada dalam dua acara, skuasy lelaki dan hoki yang akan berdepan Jepun.

"Kita tak boleh putus asa dan terus bersemangat sehingga bendera Sukan Asia diturunkan, sehingga itu kita tak boleh kata sudah gagal, terus letak harapan pada rezeki dan nasib kita," kata Abdul Azim ketika ditemui di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia di Ancol, dekat sini hari ini. - UTUSAN