Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) selama dua malam itu melibatkan 24 jaguh Muay Thai dari dalam dan luar negara. 


Majlis perasmian kejohanan itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azam Ismail.


Presiden PSBNK, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani ketika ditemui berkata, antara jaguh tinju dari luar negara yang terlibat dalam kejohana tersebut ialah Songkalex dari Thailand, Patrick Bob, Brazil dan Mayas Leopard Algeria.


Katanya, peminat sukan tinju tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh sukan seni mempertahankan diri itu pada kejohanan yang cukup berprestij ini.


 “Pertarungan antara Aiman Red Army dengan Walid Otmane akan pastinya bakal menjadi tumpuan dan saya percaya Perlawanan ini amat dinantikan oleh peminat.


“Lebih menarik bagi penonton yang membeli tiket RM50 berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa tiga buah telefon bimbit, dua utas rantai emas dan 30 hamper,” katanya.- UTUSAN ONLINE