MICHAEL MANYIN
MICHAEL MANYIN

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, kejohanan dunia tersebut mencatat sejarah tersendiri kerana berlangsung di luar Kuala Lumpur.

“Kita akan menyaksikan ramai penerjun terbaik dunia termasuk pemenang pingat perak Olimpik Rio, Cheong Jun Hoong bersaing,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2016 di Pusat Akuatik Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir memeriahkan majlis perasmian kejohanan itu ialah ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Sebanyak lapan negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, China, Australia, Kanada, Hong Kong, Rusia dan Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan tiga hari itu. - UTUSAN ONLINE