Sukan lasak edisi ke-18 dengan jarak renangan sejauh 6.5 kilometer itu berjaya menarik penyertaan 400 perenang termasuk 67 peserta dari 26 negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memberitahu termasuklah dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.

“Jumlah penyertaan makin berkembang dari tahun ke tahun dan kita juga banyak menerima kedatangan para peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan dalan kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.

Perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya ialah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula dari Kanada, Paul Brewer, 69. - UTUSAN ONLINE