Taman Sinar Harapan itu akan mengambil nama atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli; pelari pecut, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; atlet lompat jauh lelaki, Abdul Latif Romly dan atlet lompat jauh wanita, Siti Noor Radiah Ismail yang memperoleh pingat di acara dunia tersebut.

Penamaan tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Kongres Dunia Pemulihan Berasaskan Komuniti di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE