Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

320 atlet berentap sempena Piala MAGGA 2017

Radha Krishnan (tiga dari kanan), Zakaria Ahmad (enam dari kanan) dan Malek Noor (tengah) bergambar 2
Radha Krishnan (tiga dari kanan), Zakaria Ahmad (enam dari kanan) dan Malek Noor (tengah) bergambar bersama atlet gimnastik estetik sempena majlis pengumuman Piala MAGGA di Hotel MTREE baru-baru ini.

BUAT julung kali, sebanyak 320 atlet gimnastik estetik dunia akan berkampung di ibu negara sempena Kejohanan Piala Persatuan Kumpulan Gimnastik Estetik Malaysia (MAGGA) yang akan diadakan pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Penganjuran kali pertama itu dilaksanakan sejak penubuhan MAGGA pada 2015. Kejohanan itu bakal disertai 12 negara iaitu Malaysia, China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Iran, India dan Taiwan.

Pengumuman tentang kejohanan itu dibuat dalam satu majlis di Bandar Puchong Jaya, Selangor. Hadir sama adalah Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad; Presiden MAGGA, Datuk Malek Noor dan Pengarah Urusan Universal Fitness Leisure (UFL) Sdn. Bhd. merangkap Timbalan Presiden MAGGA, Datuk Radha Krishnan.

Zakaria ketika berucap dalam majlis itu berkata, kejohanan tersebut merupakan inisiatif positif untuk pembangunan sukan tempatan. Katanya, Piala MAGGA boleh menjadi platform untuk menyerlahkan kebolehan atlet tempatan di peringkat antarabangsa.

“Malaysia mempunyai ramai atlet gimnastik estetik yang berkebolehan dan mampu mengharumkan nama negara. Mereka perlu diberi pendedahan menerusi penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Piala MAGGA,” katanya.

Dua kategori yang dipertandingkan sempena kejohanan itu adalah junior bagi atlet berusia 14 hingga 16 tahun dan senior bagi yang berumur 16 tahun dan ke atas. Setiap pasukan akan diadili berdasarkan beberapa aspek seperti keseragaman, kreativiti dan kekemasan.

Dalam pada itu, Radha yakin sukan gimnastik estetik boleh berkembang di Malaysia kerana ia sesuai dengan semua peringkat umur. Katanya, semua golongan daripada kanak-kanak sehingga dewasa boleh berkecimpung dalam sukan tersebut.

“Ia satu bentuk sukan generasi baharu yang wajar diperkenal kepada masyarakat kita. Sukan ini tidak memerlukan belanja yang tinggi kerana tiada alatan khusus diperlukan.

“Ramai sedia maklum kewujudan dua cabang gimnastik iaitu berirama dan estetik. Namun, mungkin hanya segelintir yang tahu tentang gimnastik estetik. Oleh itu, kami mahu mempromosikan sukan ini kepada masyarakat tempatan,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Radha berharap gimnastik estetik dapat dijadikan sebagai salah satu pertunjukan ketika berlangsungnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada Ogos depan.

“Hasrat tersebut telah disuarakan secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat KL 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong. Pihak kami berharap permohonan ini dipertimbangkan agar gimnastik estetik dapat dikembangkan ke peringkat Asia Tenggara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain