Biarpun agak merangkak, namun pemain Fagia­no Okayama itu tetap menghabiskan kata-kata aluannya semasa majlis menandatangani kontrak bersama kelab divisyen dua Jepun itu di Pusat Latihan Masada, Okayama, semalam.

“Selamat pagi, nama saya Hadi. Saya berasal dari Malaysia. Pertama sekali terima kasih. Bermain bola sepak di Jepun merupakan cita-cita saya dan saya sangat gembira kerana ia menjadi kenyataan.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Sila beri tujuk ajar,” kata Hadi pada majlis tersebut.

Sebelum sah bergelar pemain Fagiano, Hadi Fayyadh terlebih dahulu menjalani dua sesi percubaan bersama kelab tersebut pada September dan November lalu.

Hadi mempelajari bahasa negara Matahari Terbit itu pada 13 Disember lalu menerusi kursus yang ditaja syarikat pengeluar minuman kultur dari Jepun, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur.

“Hadi mula mempelajarinya (bahasa Jepun) pada 13 Disember lalu setelah mengikuti kursus pendek 22 jam, sebelum berlepas ke sana untuk menjalani latihan bersama Fagiano.

“Sepanjang tempoh tersebut, dia mempelajari terma dan perkataan lebih berkaitan dengan bola sepak

“Hadi akan tinggal di asrama kelab itu. Dia diberikan bilik persendirian, namun terdapat rakan sepasukan lain yang menetap di asrama pangsapuri tersebut,” kata Sportflex yang mewakili pemain itu.

Selain Hadi Fayyadh, dua lagi pemain yang pernah me­nyarung jersi kelab Jepun adalah Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim untuk FC Ryukyu pada 2013.