Kutipan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga kedua kutipan pingat secara keseluruhan dengan 52 emas.

Indonesia masih mengungguli kedudukan di puncak dengan kutipan sebanyak 64 emas, dengan Thailand di tangga ketiga dengan 29 pingat emas.

Bagi atlet para Malaysia, hari ini juga menyaksikan tiga rekod temasya berjaya dipecahkan dalam usaha mereka memburu emas.

Di Stadium Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Fraidden Dawan menerusi acara 400 meter gaya bebas lelaki S10 (kekurangan anggota badan), mencatat 4 minit 48.35 saat sekali gus memecah rekod miliknya yang dilakukan di Singapura dengan catatan masa 4:55.99s.

Satu lagi rekod temasya berenang dipecahkan oleh James Wong dalam acara 100m kuak kupu-kupu S8 (kekurangan anggota badan) yang mencatat 1:12.94s, memadam rekod temasya berusia 12 tahun milik David Wangyu Kulek yang juga perenang negara, dilakukan di Manila 2005 dengan catatan masa 1:30.23s.

Sementara itu, di Stadium Nasional Bukit Jalil, satu rekod temasya turut berjaya dipecahkan, kali ini menerusi Muhammad Ashraf Muhammad Haisham dari acara 1500 meter (m) T46 (kekurangan anggota badan).

Muhammad Ashraf mencatat 4 minit 24.73 saat (s) ketika memenangi pingat emas acara tersebut dan itu juga adalah rekod baharu temasya melebur catatan lama 4:27.90s milik Isidro Bildosolo dari Filipina dilakukan pada 2005 di Manila.

Pingat emas lain:

  • Berbasikal Lelaki H1-H5 (basikal roda tiga kayuh tangan) - Alvin Lim Tao Keong
  • Berbasikal Lelaki C1, C2, C3 individu campuran - Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  • Berbasikal Lelaki C4 - Mohd. Najib Turano
  • Basikal Tandem kurang upaya penglihatan lelaki - Mohd. Khairul Hazwan Wahab/Muhammad Rauf Nur Misbah
  • 100 meter T42/43/44 (masalah anggota badan) - S. Thavanesvaran
  • 100 meter T45/46 (masalah anggota badan) - Ahmad Solihim Mohd. Nor
  • 400 meter T20 (masalah pembelajaran) - Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin
  • 1500 meter (m) T46 (kekurangan anggota badan) - Muhammad Ashraf Muhammad Haisham
  • Merejam lembing F36 (cerebral palsy) - Shamli Wadi
  • Melontar peluru F35 ( cerebral palsy) - Bajury Ladis
  • Merejam lembing T37 (cerebral palsy) - Umi Syuhadah Idris 
  • Lempar cakera F37 (cerebral palsy) - Umi Syuhadah Idris
  • Boling beregu campuran B1/B3 (kurang upaya penglihatan sepenuhnya dan sebahagian) - Muhamad Hairul Miran & Mohd. Rizal Hassan
  • Boling wanita B4 (kurang upaya intelektual) - Nur Syazwani Marais
  • Boling beregu campuran TPB9+TPB9 (kurang upaya fizikal kaki) - Abu Bakar Nyat & Mohd. Azrin Rahim
  • Boling beregu campuran TPB10+TPB10 (kurang upaya fizikal tangan) - Abdul Rahman Bava Kutty & Muhamad Amin Rashid
  • Catur Standard B2/B3 Wanita - Nur Feiqha Maulad Mohamed Halil

Berikut pungutan pingat Sukan Para ASEAN 2017 setakat pukul 8 malam ini:

  EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
INDONESIA 64 42 28 134
MALAYSIA 52 43 38 133
THAILAND 29 31 38 98
VIETNAM 25 37 33 95
FILIPINA 11 14 11 36
MYANMAR 8 9 11 28
SINGAPURA 6 10 15 31
BRUNEI 1 4 3 8
TIMOR LESTE 1 0 1 2
KEMBOJA 0 2 3 5
LAOS 0 2 2 4
 
       

sumber: KL2017