NPE Highway Challenge dijadual berlangsung sejauh 21 kilometer (KM) untuk separuh maraton dan 10KM pada 14 Julai ini manakala Besraya Highway Challege, buat kali pertamanya dianjurkan pada waktu malam 24 Ogos dengan jarak sejauh 26KM dan 13KM larian secara berganti-ganti berbanding dua edisi lalu, 6KM.

Pengarah Urusan Kumpulan EC Pixels, Eugene Chan berkata, sejak pendaftaran dibuka kira-kira sebulan lalu, pihaknya sudah menerima sekitar 6,000 penyertaan dan jumlah itu dijangka terus bertambah.

“Ini merupakan kali pertama pertandingan ini diadakan pada sebelah malam di atas lebuh raya dan kami juga menampilkan kelainan dengan mengadakan larian secara berganti-ganti dengan tawaran hadiah keseluruhan RM84,400.

“Buat masa sekarang penyertaan yang diterima agak baik dan kami akan meningkatkan promosi bagi mencari lebih ramai penyertaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon mengharapkan penyertaan lebih ramai dapat diraih tahun ini selepas tahun lalu membabitkan 15,000 peserta.

“Besraya Highway Challege akan menjadi larian waktu malam yang pertama di atas lebuhraya tertutup - ini akan memberikan pengalaman larian yang lebih sejuk dalam keadaan yang amat selamat dan terkawal,” kata Heng Choon.-UTUSAN ONLINE