Pemenang bagi semua kategori itu akan ditentukan dalam aksi final yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Quill City Mall di Kuala Lumpur esok.

Bagi kategori Bawah 12 tahun, regu PLN Kelantan A dan B akan bersaing sesama sendiri bagi menentukan kejuaraan selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir.

Bagi Bawah 14 tahun, regu SSN Melaka dan SSMTI melangkah ke akhir manakala SSMT A dan DFZ MSS Pulau Pinang B akan membuat perhitungan bagi Bawah 16 tahun.

Kategori Bakat Baru menyaksikan kemaraan iSTC Pulau Pinang dan Awan Merah. Gastep dan Putera Darat pula layak ke akhir kategori Terbuka.

Kejohanan kali kelapan yang disertai 334 regu bagi lima kategori itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM65,000. - UTUSAN ONLINE