Menjelang Sukan Olimpik Sydney 2000


Sydney 2000
JADUAL
SEJARAH
- Fakta
- Acara
- Pingat
Sejarah Fakta Acara Pingat Atlet Menarik

Fakta Olimpik 1920

Lokasi: Antwerp, Belgium

Tarikh: 20 April-12 September

Penyertaan: 2,668 atlet (77 wanita)

Negara: 29 (termasuk Estonia, Sepanyol, Monaco dan Yugoslavia)

Jenis sukan: 20

Kategori: 155

Bendera dan ikrar dirasmikan. Dua daripada simbol terbesar Olimpik, lima gelung bendera putih Olimpik dan ikrar atlet menjadi acara utama temasya buat kali pertama di Antwerp.

Bendera Olimpik

Ilham untuk mencipta sebuah bendera Olimpik sudahpun dibincangkan pada 1910 ketika satu mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Theodore Cook dari England mencadangkan satu contoh pada mesyuarat dan suruhanjaya lima orang dibentuk untuk mengkaji pertimbangan itu, tetapi tanpa mencapai satu keputusan muktamad.

Dalam tempoh itu, Baron Pierre de Coubertin telah mencipta lima gelung Olimpik dan memaparkan bendera berukuran 3 meter x 2 meter di sebuah kedai di Paris, `Bon Marche', dekat rumahnya.

Anehnya, anggota IOC dari Mesir, Angelo Bolanaki mendapat hak untuk menaikkan bendera itu buat kali pertama ketika Sukan Seluruh Mesir pada 5 April 1914.

Pada 1915, IOC membenarkan bandar raya San Francisco memaparkan bendera ketika Pameran Sejagatnya sebagai pujukan kerana tidak mendapat penghormatan mengelola temasya.

Pada Jun tahun yang sama, bendera itu dinaikkan ketika satu sesi IOC yang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya. Namun Antwerp menyaksikan penampilan sulungnya sebagai bendera rasmi Olimpik.

Pada 1922, satu bendera Olimpik yang bersulam diberikan kepada IOC oleh bandar raya Antwerp sebagai satu cenderamata _ ilham timbul untuk menyerahkannya kepada bandar raya tuan rumah temasya berikutnya. Ketika temasya, bendera ini diterbangkan di dewan bandar di Antwerp.

Namun, buat satu jangka panjang, penyerahan bendera itu dibuat tanpa upacara penting. Kemudian, ketika satu sesi IOC di Melbourne, keputusan diambil untuk memasukkan bendera dalam upacara penutup. Pada 1960 di Rome, bendera Antwerp diserahkan oleh datuk bandarnya ke tangan presiden IOC, kepada tuan rumah Olimpik seterusnya.

Ikrar

Ikrar Olimpik digunakan sebagai satu asas uji kaji pada Sukan Perantara pada 1906 di Athens.

Mulanya, teks yang mengandungi petikan berikut: ``Dengan nama semua peserta, saya berikrar bahawa kami akan mengambil bahagian pada Sukan Olimpik ini dengan menghormati, mematuhi peraturan dalam semangat kesukanan untuk kegemilangan sukan dan penghormatan negara kami.''

Pada 1920, selepas membincangkan kandungan ikrar, perkataan `negara kami' digantikan dengan `pasukan kami'.

Pada 1999, sidang sejagat mengenai ujian dadah mencapai satu lembaran baru _ mencipta keperluan untuk ujian itu yang bertujuan menarik perhatian jurulatih dan pegawai.

``Dengan nama semua peserta, saya mengisytihar dan mengesahkan bahawa kami bersedia untuk temasya ini mengikut keperluan dengan peraturan yang ditetapkan, dalam semangat sejati dan bertatasusila dalam persaingan yang adil dan saya berikrar bahawa kami akan mengambil bahagian dalam Olimpik ini dengan mematuhi gagasan persaingan sihat demi kegemilangan sukan dan penghormatan pasukan kami''.

Ketika Temasya 1920 di Antwerp, peserta lawan pedang Belgium, Victor Boin diberikan tugas membaca ikrar dengan tangan kanannya diangkat. _ AFP

 

 

Search Archives
Feedback
Corporate Info

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my