Malah, kolej ini bersama dengan Utusan Malaysia menawarkan biasiswa bagi program asasi sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, A-level, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana termasuk peluang belajar di United Kingdom.
Biasiswa Utusan Malaysia-YPC ini ditawarkan untuk membiayai yuran pengajian selama setahun dalam program asasi perniagaan atau asasi perniagaan dan teknologi maklumat.
Bagi memudahkan lepasan SPM terutama yang berada di Johor mendaftar dan mendapatkan maklumat terperinci, Unit Pendidikan Utusan Malaysia dan kolej ini akan mengadakan Hari Terbuka di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 23 dan 24 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Dalam program kerjasama dengan Yayasan Pasir Gudang ini, ibu bapa dan lepasan SPM juga boleh mendapatkan maklumat mengenai kursus di peringkat diploma antaranya multimedia kreatif, perniagaan dan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan perakaunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi www.kolejypc.edu.my atau hubungi 03-92833799.

Tawaran Biasiswa Utusan Malaysia-YPC

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal dalam permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) sesi 2016/2017 tidak perlu berputus asa kerana peluang meneruskan pengajian ke peringkat tertiari masih terbuka luas terutama di  institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti di YPC International College.
Malah, kolej ini bersama dengan Utusan Malaysia menawarkan biasiswa terutama dalam program asasi selama setahun sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, A-level, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana termasuk peluang belajar di United Kingdom.
Biasiswa Utusan Malaysia-YPC ini ditawarkan untuk membiayai yuran pengajian selama setahun dalam program asasi perniagaan serta asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau sebelum ini dikenali dengan nama Unit Pusat Universiti (UPU)

Katanya, kolej itu juga menyediakan pelbagai kursus peringkat untuk program asasi, diploma, A-level, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta mereka berpeluang untuk belajar di United Kingdom.
Menurut Siti Asmart, antara bidang yang disediakan untuk asasi ialah perniagaan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan serta sains dan dalam bidang diploma pula, multimedia kreatif, perniagaan teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan perakaunan.
Tambahnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web mereka iaitu www.kolejypc.edu.my atau hubungi 03-92833799.

Biasiswa Utusan Malaysia-YPC telah membantu ramai pelajar meneruskan pengajian di YPC International College terutama dalam program asasi yang disediakan.
Kaunselor Pendidikannya, Hishamsudin Mohamad berkata, pihaknya akan membantu para pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat program asasi.
“Kebanyakan pelajar kami daripada keluarga berpendapatan rendah dan ibu bapa mereka tidak mampu menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak tetapi keputusan akademik pelajar terlibat amat memberangsangkan.
“Oleh kerana persaingan akademik sangat banyak, ramai pelajar yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6A ke atas tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Jadi, biasiswa ini dapat membantu mereka untuk meneruskan pe­ngajian di kolej kami,” katanya yang ditemui dalam Hari Terbuka Biasiswa Utusan Malaysia-YPC, di sini hari ini.
Tambah Hishamsudin, biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar yang mendaftar untuk program asasi sahaja dan pihaknya akan membayar yuran program itu.
“Jadi, pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan yuran peperiksaan, namun biasiswa ini hanya untuk warga­negara sahaja,” katanya.
Hari terbuka tersebut yang diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin berlangsung selama empat hari bermula semalam dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

STATUS keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) sesi 2016/2017 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh disemak dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau sebelum ini dikenali dengan nama Unit Pusat Universiti (UPU) bermula kelmarin hingga 31 Mei ini.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya ditawarkan pengajian ke peringkat tinggi di UA. Bagi mereka yang tidak berjaya, ini bukanlah bermakna mereka telah gagal dalam hidup.
Seperti mana yang kita ketahui, tempat pengajian di UA adalah terhad dan tidak ramai pemohon yang akan berjaya mendapatnya.
Walaupun gagal, pemohon tidak harus kecewa kerana mereka masih berpeluang meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).