Khairy Jamaluddin

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, hasrat tersebut bukan baharu dan sebagai orang parti, beliau mengharapkan perkara tersebut akan mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, kata Khairy, soal ke mana ‘destinasi’ beliau pada pemilihan parti akan datang tidak penting buat masa ini dan lagi pun hal berkaitan pemi­lihan parti sewajarnya di­bincangkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Saya nak sediakan barisan pelapis yang boleh gantikan saya. Destinasi saya ke mana selepas ini, itu tidak penting, itu soal pemilihan parti, kita bincang selepas pilihan raya.

“Bagi saya, kalau boleh saya hendak tinggalkan Pemuda dan harap Presiden pun setuju,” katanya ketika ditemu bual Utusan Online di sini hari ini.

Wawancara penuh Khairy itu boleh diikuti di www.utusan.com.my.

Terdahulu, beliau melawat La­man Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 termasuk Bilik Operasi Utusan Malaysia.

Menurut Khairy, beliau cen­derung untuk tidak lagi mempertahankan jawatan Ketua Pemuda kerana sedar pergerakan itu memerlukan pemikiran yang segar daripada penerajunya.

“Sekarang sudah dua penggal, sembilan tahun. Macam mana pun saya bawa Pemuda, macam mana pun kemampuan peribadi saya, setiap kita ada shelf life (jangka hayat),” jelasnya.