KAMARUL RASHDAN SALLEH

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, rakyat perlu melihat ucapan dalam perhimpunan tersebut sebagai sebahagian manifesto untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang menunjangi negara masa depan.

Beliau berkata, ia juga menjadi penanda aras kepada perwakilan dalam aspek perpaduan sesama ahli demi kepentingan parti.

“Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung semalam adalah perhimpunan yang menunjukkan perwakilan sebulat suara menyokong usul penting iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, ahli UMNO juga wajar menerima nasihat Presiden dalam menyentuh hal berkaitan pilihan raya umum nanti supaya ia dapat mencapai matlamat iaitu kemenangan.