Video oleh NURULANUAR MANSOR

Menurut ketua mentor MyDD 2017, Marcus Lara, kategori-kategori berkenaan menjadi pilihan kerana kedua-duanya berkait rapat dengan majoriti masyarakat masa kini.

MARCUS LARA
MARCUS LARA

Beliau, menambah dari segi kualiti dan konsep yang di cadangkan oleh para peserta juga dilihat lebih kreatif dan berkualiti.

“Majoriti peserta yang menyertai majlis 2017 adalah mereka yang telah mempunyai pengalaman industri dan memahami kehendak pasaran ketika ini.

“Ini menyumbang kepada kreativiti mereka ketika merancang, merangka dan membina perisian berkenaan,” kata beliau ketika ditemui Utusan Online di Bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini.

MyDD 2017 yang bermula pada pukul 3 petang semalam merupakan pertandingan untuk membina applikasi dalam masa 24 jam.

Ketika laporan dibuat, tinggal kurang 1 jam bagi peserta menyiapkan applilasi masing-masing sebelum mempersembahkannya kepada para juri. - UTUSAN ONLINE