Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Undang-Undang berkaitan siber dikaji semula untuk rangsang ekonomi

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Semua undang-undang berkaitan siber di Malaysia sedang disemak semula dan diteliti secara lebih menyeluruh ke arah membangunkan ekonomi Internet di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK

Beliau berkata, bagi mewujudkan persekitaran ekonomi Internet yang mampan, pengguna sendiri mesti mempunyai keyakinan terhadap rangkaian.

Malah kata Salleh, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 telah disemak semula sejak 18 bulan lepas dengan tujuan menambah baik persekitaran dalam talian.

"Antara pertimbangan yang dibuat semasa semakan semula ialah keperluan membangunkan platform saling beroperasi dan pembolehan bagi meningkatkan jumlah transaksi digital dan memanfaatkan data sebagai sumber. Platform sedemikian termasuk sistem pembayaran, pengesahan identiti, perkhidmatan awan dan analisis data besar.

"Semakan semula juga mengambil kira keperluan meningkatkan keselamatan dan membangunkan kepercayaan lebih baik dalam rangkaian sedia ada memandangkan lebih banyak transaksi akan mengundang lebih banyak risiko," katanya dalam blog beliau hari ini.- BERNAMA

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain