UISwitch merupakan elemen input yang memberikan pilihan binari kepada pengguna seperti contoh On/Off. Elemen ini sangat sesuai digunakan pada pilihan Settings sesebuah aplikasi.

Contohnya, memilih sama ada menghidupkan fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) atau tidak.

Dalam latihan kali ini, kita akan mula pelajari kaedah mendaftarkan elemen yang sama sebagai IBOutlet dan juga IBAction. IBOutlet merupakan kaedah paparan (output), manakala IBAction merupakan kaedah masukan (input).

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Melalui latihan tadi, kita telah pelajari kaedah mendaftarkan elemen yang sama sebagai IBOutlet dan IBAction. Tujuan berbuat demikian ialah menghubungkan dua elemen berbeza yang akan digunakan untuk saling bertukar data.

Kemasukan data daripada  pengguna telah diterima melalui objek mySwitch yang kemudiannya dipaparkan pada skrin menerusi objek mySwitchLabel. 

Proses ini dikawal oleh fungsi mySwitchAction, yang memapar teks Tracdisk Technogreen jika aktif, atau memadamkan sebarang paparan jika pasif.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Tambah Switch kedua

2. Ubah teks paparan mySwitchAction kepada teks pilihan anda

3. Nyatakan fungsi isHidden

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!