Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Trak Pikap inovasi solar

Adren Chong menunjukkan panel solar  pada  bumbung kenderaan Trucnet. 2
Adren Chong menunjukkan panel solar pada bumbung kenderaan Trucnet.

Inovasi semalam adalah untuk hari ini manakala inovasi hari ini adalah untuk masa depan. Bersandarkan matlamat menjadikan kehidupan yang lebih baik, sebuah syarikat pengeluar trak makanan jenis karavan, TN Truck Sdn. Bhd. (TN Truck), hari ini menawarkan pilihan yang lebih mesra alam untuk produk keluaran syarikat mereka.

Menggunakan kuasa solar Nano Photo Voltaic (NPV) sebagai penjana utama tenaga elektrik, TN Truck optimis memperkenalkan teknologi solar NPV terhadap trak pikap dan karavan mereka.

Telah dipatenkan di Pertubuhan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), TN Truck juga tersenarai sebagai pemegang Malaysia Book of Records sebagai syarikat lori pertama yang menggunakan teknologi hijau Solar NPV untuk trak mini dan karavan.

Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Trucknet Adren Chong, berkata, TN Truck merupakan anak syarikat Trucknet Sdn. Bhd., sebuah syarikat mengeluarkan trak yang dahulunya dikenali sebagai Hong Lee Motorworks, telah beroperasi sejak 1979 sebagai pembaik pulih lori dan trak.

Selepas lebih 30 tahun mengendalikan perniagaan berasaskan trak dan lori, Trucknet mengenal pasti potensi untuk membangunkan perniagaan trak pikap dengan inovasi yang lebih menjimatkan,

“Dengan menggunakan teknologi yang diilhamkan oleh rakan di Jerman, saya sesuaikan pula kepada trak pikap 1.8 berkuasa kuda dengan kelebihan tiga tempat duduk di kabin hadapan yang diketahui banyak menjadi pilihan penjaja tempatan sebagai kegunaan mereka menjana pendapatan,” katanya.

Panel solar NPV keluaran TN Truck dibangunkan menggunakan panel solar menerusi penambahbaikan teknologi nano serta salutan hidrofobik. Oleh itu, panel solar berkenaan kalis air dan habuk sekali gus menjadikan panel tersebut lebih licin dan tidak terlalu memegang kandungan air yang boleh mengurangkan penjanaan tenaga.

Berbeza dengan sistem solar konvensional dengan solar NPV, sistem yang dibangunkan oleh TN Truck lebih stabil dan lebih selesa. Panel solar konvensional perlu mempunyai garis sudut 45 darjah dan perlu menghadap cahaya matahari, tetapi solar NPV hanya perlu dibentang di atas bumbung karavan dan mampu mengecas tenaga walaupun berada di bawah pokok.

“Panel Solar NPV solar ini tadi akan menyerap sumber matahari untuk menjana terus sistem elektrik pada masa yang sama akan mengecas terminal kuasa. Ini bermakna sistem arus terus daripada janaan matahari berlaku pada waktu siang terus menerus boleh digunakan, tetapi penggunaan tenaga elektrik pada waktu malam dijana daripada terminal yang telah dicas serta boleh dipakai selama 10 hingga 12 jam,” terang Adren.

Menurutnya lagi, selain panel solar, penjanaan terminal tenaga elektrik karavan boleh dijana dengan kaedah alternatif lain melalui enjin karavan sendiri atau kabel soket selama empat jam untuk memperoleh cas penuh.

Sungguhpun kos solar NPV agak mahal berbanding penjana elektrik, pengguna masih dapat merasai penjimatan yang tinggi untuk jangka masa yang panjang.

Menurut pengiraan kasar di antara penggunaan Solar NPV dan penjana elektrik pengusaha yang menggunakan selama empat tahun operasi penjanaan daripada sistem ini dapat berjimat sehingga RM6,800.

Menurut Adren, karavan yang dibawa masuk oleh TN Truck daripada dua negara pengeluar iaitu Jepun dan England, merupakan produk yang telah diguna pakai tetapi telah dibina semula tanpa menidakkan prosedur operasi standard (SOP) pengeluar.

Malah, kebanyakan trak mini dan karavan yang berada di pasaran merupakan 1.5 kuasa kuda saja.

“Kami merupakan satu-satunya syarikat yang memperkenalkan pendekatan sistem 4S iaitu Jualan, Penyelesaian, Alat Ganti serta Servis Selepas Jualan (Sales, Solution, Spare Part, Service After Sales). Malah, TN Truck turut memberi jaminan alat gantian selama setahun kepada pengguna.

“Tujuannya tidak lain, kami mahu membina kepercayaan pelanggan yang menggunakan produk syarikat kami,” jelasnya lanjut,” ujarnya. 

................................................

Konsep baharu perniagaan makanan dapat sokongan

Melihatkan manfaat yang besar kepada landskap perniagaan sajian makanan, TN Truck mendapat banyak sokongan daripada beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berminat untuk menjadikan mereka sebagai rakan strategik untuk membantu golongan usahawan yang mahu menceburi perniagaan trak makanan.

Menurut Pengarah Eksekutif TN Truck, Safarizul Mustafa, kebanyakan agensi kerajaan dan PBT menyambut baik hasrat syarikat pengeluar seperti TN Truck untuk membantu membekalkan produk berkualiti kepada masyarakat dengan teknologi mesra alam.

“Beberapa PBT seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengumpulkan sebilangan penjaja di bawah mereka untuk mendengar taklimat daripada pihak kami tentang kebaikan produk keluaran syarikat TN Truck.

“Malah, ada di antara PBT mengusulkan mahu menempatkan peserta yang menggunakan perkhidmatan daripada syarikat kami di suatu lokasi secara berpusat sebagai tarikan.

“Bukan itu saja, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Koperasi Angkasa turut berhasrat mengadakan program keusahawanan menggunakan produk karavan solar NPV keluaran syarikat kami.

“Setiap peserta perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT sendiri kerana mereka yang akan mengeluarkan lesen kepada penjaja,’’ kata beliau lagi.

Berkongsi lebih lanjut, Safarizul memberitahu, apa yang menariknya terdapat agensi berminat untuk menyediakan pembiayaan kepada pengusaha yang mahu menjalankan perniagaan.

Ini kerana mereka melihat sistem mekanisme trak mini dan karavan ini berkonsep mesra 
alam dan cekap tenaga. Malah, setiap produk yang dihasilkan daripada syarikatnya mendapat kelulusan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

TN Truck amat menitik beratkan soal perundangan untuk kemudahan pelanggan kami supaya mereka dapat menjalankan perniagaan tanpa mengalami sebarang masalah

Menurut Safarizul lagi, gandingan antara pihak pengeluar serta agensi-agensi kerajaan atau PBT pada hari ini membuka peluang yang besar kepada golongan penjaja khususnya untuk mencuba perniagaan makanan cara baharu seperti trak makanan.

“Inilah yang dinamakan sebagai platform untuk generasi sekarang. Kami selaku pengeluar sudah menyediakan kenderaan untuk berniaga, berganding pula dengan agensi-agensi yang sudi memberi khidmat latihan dan penyediaan dana, ibaratnya seperti kata pepatah lama, jika hendak memberi, berilah pancing bukan ikan.

“Hari ini peluang yang ada untuk golongan muda bukan saja mendapat pancing, tetapi pancing yang akan digunakan ini bukan saja berkualiti, tetapi boleh mendapatkan ikan dengan banyak,” jelasnya memberi gambaran.

Safarizul turut mempelawa individu atau agensi untuk mendapatkan penerangan dan rundingan mengenai perniagaan trak makanan secara percuma dengan menghubungi TN Truck.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain