Di dalam artikel Genius Corner siri ke-18, kita telah pelajari kaedah memaparkan Google Maps di dalam laman web kita. Namun, kedudukan latitud dan longitud di dalam latihan tersebut telah dimasukkan secara kekal.

Kali ini, kita akan cuba mendapatkan kedudukan GPS pengunjung laman web kita secara automatik menggunakan library navigator yang disediakan secara terbina dalam bersama elemen HTML5 yang lain di dalam enjin Webkit.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam kod atur cara tadi, kita telah menghasilkan sebuah fungsi showPosition yang berfungsi mendapatkan kedudukan GPS pengunjung dan memaparkannya dalam laman web HTML.

Menggunakan sebuah butang yang ditekan oleh pengunjung, fungsi getLocation dipanggil terlebih dahulu untuk menyemak sama ada pelayar atau peranti yang digunakan menyokong fungsi navigator HTML5.

Jika benar, fungsi navigator akan menghantar arahan kepada fungsi showPosition yang kemudiannya memanggil fungsi position.coords.latitude dan position.coords.longitide bagi memaparkan kedudukan GPS peranti pengunjung.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Papar kedua-dua nilai latitud dan longitud melalui elemen <input>.

2. Gabungkan latihan ini dan latihan Genius Corner siri ke-18.

3. Aktifkan latihan ini menggunakan pelayar berbeza dan lihat hasilnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!