Tidak kiralah sama ada telur ayam mahupun telur itik pasti saja punyai khasiat yang tersendiri yang umumnya diketahui pengguna.

Hari ini, terdapat pelbagai jenis telur di pasaran yang mempunyai pelbagai nilai tambah. Kreativiti usahawan ini menambahkan lagi pilihan kepada pengguna yang sentiasa berubah-ubah mengikut aliran gaya pemakanan terkini serta memberi pilihan telur yang lebih berkhasiat kepada pengguna.

Antara telur yang popular adalah telur omega, telur kurang kolesterol dan telur tanpa antibiotik. Tidak lupa juga telur ayam kampung dan telur masin yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran saban hari.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi masalah adalah untuk memastikan kulit telur yang dijual itu dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.

Permasalahan yang ketara adalah apabila segelintir restoran menyediakan menu telur rebus dalam keadaan kekotoran masih terlekat di kulit telur tersebut. Ini semestinya membawa persepsi negatif pengguna terhadap pengusaha restoran tersebut.

Oleh kerana itu adalah amat penting untuk memastikan kulit telur dicuci dahulu untuk memastikan telur bersih daripada kekotoran yang boleh membahayakan kesihatan pengguna seterusnya membawa imej bersih terhadap pengusaha.

Bagi tujuan ini, sudah pasti ramai pekerja diperlukan di samping risiko telur pecah jika tidak dicuci dengan berhati-hati.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menghasilkan fabrikasi mesin yang akan membantu proses penyucian pelbagai jenis telur dilakukan dengan cepat dalam kuantiti yang banyak.

Mesin yang diberi nama mesin cuci telur universal ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang mampu digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Mesin yang berkuasa 240V ini menggunakan sistem Sistem putaran berus bermotor akan mencuci kulit telur sebanyak antara tujuh hingga 36 biji dalam satu masa. Risiko telur pecah juga dapat dikurangkan jika menggunakan mesin ini.

Mesin ini amat membantu usahawan-usahawan yang terlibat dalam industri pengeluaran telur, pengusaha restoran dan usahawan yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan mencuci telur. Mesin ini mudah dibaiki dan alat gantinya amat mudah didapati di pasaran.

Maklumat lanjut mengenai pemesanan mesin cuci telur universal tersebut boleh hubungi kami di ZDA pada waktu pejabat.

JIKA ada sebarang pertanyaan dan tempahan atau maklumat lebih lanjut. Hubungi Zull Design Autotronic (ZDA) Hari: Isnin – Jumaat. Masa: Pukul 8.30 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat sahaja) Talian: 03-6092 1928, 012-733 2066, faksimile 03-6091 4000. E-mel: [email protected] atau layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my laman Facebook kami https://www.facebook.com/zulldesign.autotronic dan YouTube channel kami zulldesign11.

 

SPESIFIKASI

Mesin: Cuci Telur
Bahan: Keluli tahan karat
Kuasa: 1/2HP / 240V
Sistem: Sistem putaran berus bermotor
Kapasiti isian: Tujuh biji / 36 biji