Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Telefon pintar premium

null

Telefon pintar yang dinanti-nantikan, Moto G5 Plus akhirnya telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini dengan tawaran pengalaman pengguna yang tiada kompromi.

Menjadi peranti pertama dalam siri ini dengan reka bentuk logam yang kelihatan hebat sebagaimana yang ditonjolkan, generasi kelima Moto G5 Plus yang berharga RM1,299 ini boleh didapati secara eksklusif di Lazada Malaysia.

Dilengkapkan dengan gabungan ciri-ciri yang dikehendaki pelanggan termasuk pemproses pantas, jangka hayat bateri yang hebat, pengecas pantas, pembaca cap jari dan kamera canggih, kesemua ini dibina menjadi reka bentuk premium dengan gabungan fungsi yang tidak dijangka dan lebih baik.

Pengurus Negara Lenovo Malaysia, Lydia Foo berkata, siri Moto G telah menjadi kegemaran kebanyakan peminat jenama itu di seluruh dunia selama bertahun-tahun sejak dilancarkan pada awal tahun ini.

“Moto G5 Plus mengambil reka bentuk logam premium sebagai penanda aras jenama ini dan cukup yakin akan memberikan pengalaman dan nilai tidak terhingga kepada pengguna di negara ini.

“Justeru, kami sangat teruja untuk berkongsi berita gembira ini bahawa Moto G5 Plus kini boleh didapati di laman sesawang Lazada Malaysia dan tempahan boleh mula dibuat.

“Mereka yang telah membuat tempahan sehingga 4 Jun lalu telah menerima keistimewaan Kad Penjagaan Moto, sarung lipat dan pelindung skrin yang bernilai RM298,” katanya.

Reka bentuk yang terbaharu ini telah diilhamkan daripada keluarga premium Moto Z dan dilengkapi dengan kemasan aluminium bermutu tinggi bersama-sama potongan berlian dan manik-manik yang menyempurnakan lagi ciri-ciri premiumnya.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin berdefinisi tinggi (HD) 13.2 sentimeter (5.2 inci) dan Corning® Gorilla® Glass 3. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan mod beautification yang membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto tanpa sebarang cela pada wajah.

Menarik juga, ia turut dilengkapi ciri-ciri Moto Actions dan One Button Nav yang membolehkan pengguna menggunakan navigasi dengan pantas menerusi pembaca cap jari.

Hadir dalam dua pilihan warna iaitu Lunar Gray dan Fine Gold, Moto G5 Plus merupakan peranti kelas pertengahan yang premium dan terbaik setakat ini dalam pasaran tempatan.

Moto G5 Plus

  • Paparan: 5.2”, 1080 p
  • Sistem operasi: Android 7.0 Nougat
  • Pemproses: Snapdragon 625
  • RAM: 4 GB
  • Storan: 32 GB
  • Kamera Utama: 12 Mp
  • Kamera hadapan: 5 Mp
  • Bateri: 3000 mAh
  • Harga: RM 1,299

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain